“Jangan Bina Rumahtangga Atas Air Mata Isteri”

Posted on

Tindakan PU Abu menceraikan isteri ketika hamil turut mendapat perhatian Pendakwah terkemuka Ustaz Ebit Lew yang sedih dengan kejadian itu. Tulis Ebit, isteri adalah amanah Allah yang harus dijaga bukan tidak suka diceraikan.

Menurut Ebit, kebahagiaan dalam perkahwinan itu apabila kita memberi dan bukan hanya menuntut hak dari pasangan saja. Pendek kata, setiap pasangan perlu saling bantu-membantu dalam perkahwinan.

“Isteri Amanah Allah, Bukan Tak Suka Diceraikan Saja”

Dalam kenyataan itu, Ebit menasihati agar setiap pasangan yang ingin bercerai ingatlah kembali niat untuk bernikah untuk mendapat keredhaan Allah. Tambahnya, bernikah bukan tiket untuk mendapat segalanya namun untuk tunaikan apa Allah mahu dalam pernikahan.

Semoga kata-kata ini dapat memberikan pengajaran dan iktibar pada kita semua dan bukan saja pada individu yang terbabit pada ketika ini saja. Yang mana baik kita ambil, mana tidak kita buang ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.