Selepas empat bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Faris Khairol Anuar, pelakon Elfira Loy berkongsikan berita berita dengan mengumumkan bahawa dia kini hamil anak pertama.
Enggan berkongsikan usia kandungannya, Elfira meluahkan rasa syukur di atas rezeki yang tidak dijangka itu dan ia juga berkat doa orang ramai.
“Alhamdulillah, berkat doa ramai orang saya disahkan hamil dan saya bersyukur dengan rezeki yang tiba sangat cepat buat saya dan suami.
“Saya sudah melepasi trimester pertama(1-3 bulan) dan setakat ini semua berjalan lancar tanpa sebarang alahan mengandung yang teruk,”katanya kepada Kosmo!
Dalam pada itu, Elfira berkata dia mengambil keputusan untuk berehat seketika dalam lakonan sehingga selamat bersalin hujung tahun ini memandangkan ini adalah kehamilan pertamanya. Elfira dan Faris Khairol Anuar selamat diijabkabulkan pada 1 Januari lalu.
Tahniah diucapkan kepada pasangan ini yang bakal menyambut cahaya mata pertama tidak lama lagi. Semoga proses kehamilan Elfira dipermudahkan segala urusan dan gembira menikmati pengalaman ini.