Azwan Ali Mahu Berbaik Dengan Azmin Ali

Posted on

“Aku Minta Ampun, Banyak Dosa Aku Pada Kau Min”

Setelah sekian lama bersengketa, sempena bulan Syawal yang mulia ini, Azwan Ali tampil memohon maaf kepada abangnya, Azmin Ali. Kerelaa hati untuk memohon maaf itu terdorong apabila mengenangkan didikan arwah ibu bapa mereka dan Azmin sebagai abang kandungnya.

“Peminat ada tanya saya tak nak berbaik ke dengan Azmin sempena Hari Raya kali ini. Banyak kali juga mereka tanya sampailah dah raya sekarang. Di hari bulan baik ni, saya fikir kenapa tidak untuk berbaik dengan dia”

“Kalau dia baca artikel ini, saya nak cakap, Min selama ini aku banyak buat salah, buat dosa pada kau. Aku minta ampun, minta maaf pada kau Min. Sebelum ini begitu keras hati, tapi orang tak tahu apa yang dilalui kami adik beradik”

“Saya akui banyak berbuat dosa dengan dia. Sebagai adik, saya sepatutnya beralah nak memohon maaf daripadanya. Sebab bila fikir balik bila nak berakhirnya macam ni. Walaupun kami berbeza pendapat tapi adik beradik kan”

Azwan yang berhijrah ke London sejak Febuari lalu berkata, beliau dengan hati terbuka mahu bertemu dengan Azmin jika abangnya itu sudi berjumpa dengannya untuk memohon maaf dan bersalaman.

“Saya tahu dia sibuk. Cukup lah permohonan maaf saya secara terbuka ini dapat dibacanya. Tapi sekiranya saya pulang ke Malaysia dan ketika itu Allah lembutkan hati dia untuk berjumpa saya, saya sedia dengan hati terbuka,” jelasnya.

Kami harapkan niat murni Azwan untuk berbaik semula dengan abangnya dipermudahkan, apalagi pada ketika ini kontroversi panas melanda keluarganya. Pasti Azmin amat memerlukan sokongan keluarga tercinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.