Tahniah buat pelawak terkenal Abam Bocey dan isteri yang baru sahaja menyambut kedatangan cahaya mata sulung mereka. Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh Abam di akaun Instagramnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Abam meluahkan rasa syukur isterinya, Siti Norhidayah selamat melahirkan bayi lelaki mereka di Hospital Selayang. Abam turut mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan isteri dan anak mereka.
“Terima kasih yang sudi mendoakan keselamatan isteri dan anak kami. Terima kasih juga kepada jururawat dan doktor hospital Selayang. Anda semua terbaik. Alhamdulillah,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah buat pasangan ini.
Abam dan isteri, Siti Norhidayah mendirikan rumah tangga pada 8 Disember 2017 di Masjid Jamek Sultan Hishamuddin, Sabak Bernam, Kuala Selangor.