A.Aida Sah Bercerai Kali Keempat

Posted on

Rumah tangga yang dibina hanya mampu bertahan selama 10 bulan, prosedur terkenal Datuk A.Aida mengesahkan bukan lagi isteri kepada pelakon Ariff Aziz.

Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, A Aida mengaku sudah bercerai talak satu pada 24 April lalu di Mahkamah Syariah Gombak Timur.

Bercerai secara baik, bagaimanapun, A Aida enggan mendedahkan punca perceraian mereka. Menurut A Aida lagi, beliau reda di atas apa yang berlaku namun mengakui gembira untuk kembali solo.

“Jodoh di tangan Allah, siapa yang mahu berkahwin untuk bercerai? Semua orang mahu perkahwinan bahagia yang berkekalan sehingga ke akhir hayat. Namun saya terima perceraian ini yang hanya mampu bertahan tak sampai setahun.

“Kami bercerai dengan talak satu selepas bersetuju untuk menamatkan perkahwinan ini secara baik. Jujurnya saya amat gembira dengan perceraian ini,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, A Aida memberitahu mengikut perancangan majlis resepsi perkahwinan mereka sepatutnya diadakan pada 20 April lalu sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 48 tahun, namun keretakan rumah tangga mereka berlaku lebih awal.

Untuk rekod, A. Aida dan Ariff Aziz berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata dan ia perkahwinan keempat A Aida.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.