Ramai Peminat Mahu Goda Bekas Suami A.Aida

Posted on

Perkahwinan kali keempat hanya mampu bertahan selama 10 bulan, Datuk A.Aida mengesahkan beliau dan pelakon Ariff Aziz sudah bercerai talak satu pada 25 April lalu.

Tidak sampai 24 jam A.Aida mengumumkan perceraian akhirnya bekas suaminya itu membuka mulut. Menerusi satu entri di Instagram, Ariff berkata dia sudah lama tidak merasai perhatian seperti apa yang dirasainya semalam.

“Selamat pagi, semoga hari anda baik-baik sahaja. Semalam saya mendapat perhatian daripada ramai orang. Sudah lama tidak menjadi orang yang penting. Bermulalah sekali lagi,” tulisnya.

Diruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan komen positif kepada pelakon itu agar tabah di atas apa yang berlaku. Malah, ramai peminat menggelarkannya duda hot dan ingin menggodanya.

Tidak kurang juga, ada tidak percaya bahawa mereka sudah bercerai kerana pasangan itu disifatkan sebagai pasangan penyayang.

Terdahulu, A.Aida memberitahu beliau memfailkan penceraian pada 4 April. Menurutnya lagi, perceraian berlaku kerana tidak mampu lagi bersama dan bukan kerana faktor kewangan.

A. Aida dan Ariff Aziz berkahwin pada 21 Julai 2018 selepas tiga bulan menjalinkan hubungan cinta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.