Selepas bercerai dengan isterinya, Bella Astillah pada 16 Mei lalu, Aliff Aziz mengakui dia kini sedang berdepan detik getir dalam hidupnya dan bukan lagi menjadi dirinya sendiri.
Menerusi satu temubual bersama sebuah station radio, Aliff juga mengakui kesilapan yang dilakukan sepanjang tempoh perkahwinan dan mahu berubah menjadi insan lebih baik.
“Saya mengakui silap yang telah saya lakukan tapi sebagai manusia, selagi saya masih hidup saya boleh berubah. Selepas bercerai dengan Bella, saya melalui fasa bukan menjadi diri saya sendiri.
“Saya rasa teramat kehilangan dan mungkin disebabkan itu saya tersilap langkah,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff berterima kasih kepada bekas isterinya kerana tidak henti-henti memberikan sokongan moral untuk meneruskan hidup.
Semoga Aliff terus istiqamah untuk berubah. Apapun doakan baik-baik saja buat Aliff dan Bella, moga perpisahan ini menjadi pengajaran.