Nampaknya pelakon Fatin Afeefa sekali lagi didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, yang juga merupakan lelaki sama pernah dikaitkan dengan kontroversi terdahulu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh isteri kepada lelaki tersebut yang menggunakan nama Mag menerusi laman Twitter.
Menerusi perkongsiannya itu, wanita tersebut meluahkan rasa kecewa dan berang apabila mengetahui mereka masih lagi berhubung secara rahsia sedangkan Fatin pernah meminta maaf serta berjanji tidak akan lagi mengganggu rumah tangganya.
Tahun lalu, nama Fateen Afeefa menjadi bualan hangat netizen apabila didakwa menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang berstatus suami orang. Perkara itu tercetus apabila ada netizen menemui foto panasnya bersama lelaki berkenaan.
Diharap, Fatin dapat tampil memberikan penjelasan disebalik pendedahan ini dan perkara tersebut dapat diselesaikan secara baik.