“Ude Sikit Pun Tak Rasa Takut Teman Saya Bersalin”

Posted on

Izreen Azminda Kongsi Saat Melahirkan Aaron Ibrahim

Baru sahaja menimang cahaya mata baru, Izreen Azminda berkongsi momen disaat beliau melahirkan bayi yang dinamakan Aaron Ibrahim. Kongsi Izreen, beliau gembira suami dapat berada disisi menemaninya bersalin.

“Sebaik tiba di hospital, doktor terus tahan dan memaklumkan sudah sampai masa untuk saya melahirkan serta tidak boleh tunggu lama. Aaron selamat dilahirkan jam 1.46 pagi Sabtu lalu dengan berat 2.85 kg”

“Saya gembira kerana sewaktu melahirkan Aaron, suami ada menemani memberikan sokongan. Tidak seperti saya melahirkan anak pertama, bekas suami tidak dibenarkan masuk kerana pembedahan dijalankan akibat situasi cemas”

“Ude sikit pun tidak rasa takut sewaktu doktor membedah perut saya. Alhamdullilah, semuanya lancar dan baik. Terima kasih buat semua yang mendoakan saya dan juga anak,” jelasnya kepada Harian Metro.

Semalam pasangan itu memaklumkan berita kelahiran bayi pertama mereka di media sosial. Malah wajah comel Aaron juga turut dipamerkan buat tontonan peminat. Ramai membanjiri ruangan komen mengucapkan tahniah.

Terdahulu Izreen dan Ude telah mendirikan rumah tangga pada 2017. Sebelum itu Izreen pernah bernikah dengan Muhamad Riza pada 2012. Hasil perkahwinan terdahulu, Izreen dikurniakan seorang anak lelaki.

sumber :rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.