Tampil berhijab selepas pulang dari menunaikan umrah, tertanya ianya menerima reaksi positif dan rata-rata netizen meluahkan rasa syukur dengan imej terbaru Lisa Surihani.
Akui keputusan memakai hijab bukan perkara mudah, Lisa memberitahu dia masih berusaha untuk mencari hidayah dan berdoa agar kekal istiqomah untuk berhijab.
“Ia bukanlah keputusan yang dilakukan semalaman, saya telah lama memikirkan tentang perkara ini, sebab saya berhijab juga adalah peribadi.
“Saya masih berdoa dan tak mahu cakap yang saya dah jumpa hidayah itu. Saya masih mencari hidayah itu, berdoa agar terus istiqomah,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa mengakui ada saja anasir yang cuba membolak balikkan hatinya apabila, namun dia sentiasa meminta agar diteguhkan hati.
“Sebelum pakai mesti fikir ‘patut ke’, ‘ada job ke’. Dan sampai skearang pun ada sashaja anasir yang membolak balikkan hati. Bukan mudah. Saya minta diteguhkan hati .
“Kadang-kadang ada statement, judgment doubt macam ‘lama ke pakai ni?’ padahal kita tengah cuba tapi tidak mengapalah. Tak nak letak janji yang tinggi. Im just trying,” katanya.