Hairan kenapa dirinya dikaitkan, Maya Karin tampil menafikan menjadi punca keruntuhan rumah tangga Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang baru sahaja bercerai dengan Dr Imaan Abdul Rahim selepas 14 tahun berkahwin.
Mengakui mengenali ahli politik itu sebagai kenalan biasa, Maya menegaskan ia tidak bermakna beliau mempunyai hubungan istimewa seterusnya menjadi pihak ketiga dalam hubungan Nik Nazmi dan isteri.
“Saya berkawan dengan ramai ahli politik. Pada usia saya sekarang ini, saya lebih selesa untuk berkenalan dan berbincang dengan golongan tersebut, dan ya, saya kenal dengan dia (Nik Nazmi)”
“Tetapi saya tidak tahu dari mana datangnya cerita ini dan kenapa saya dikaitkan. Saya berharap mereka (Nik Nazmi dan bekas isteri) dapat menghadapi dugaan itu dan teruskan menjalani kehidupan,” katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai dakwaan ini, Nik Nazmi mengambil pendirian untuk mengunci mulut dan meminta semua pihak menghormati privasi beliau dan isteri menghadapi waktu yang sukar ini.