Dalam ramai-ramai anak selebriti, anak kepada pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan iaitu Aaisyah Dhia Rana antara yang popular. Dengan kelatahnya yang comel dan pandai bergaya, tidak hairan jika Aaisyah sentiasa menjadi perhatian ramai.
Menerusi Instaram, baru-baru ini Rozita Che Wan ada berkongsikan gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana ketika dibawa ke kedai mainan.
Che Ta memberitahu Aaisyah tidak begitu gemar dengan barang permainan tetapi lebih sukakan barang kemas. Kata Che Ta lagi, bukan dia yang mengajar anaknya sukakan barang kemas tetapi itu adalah minat anaknya.
“Bawa dia pergi toys r us, tak heqan (hairan) pun nak beli apa. Dia ikut kami p @habibjewelsofficial, dia qeyau (keriau) nak qantai (rantai)… tak boleh keqap-keqap (kerap-kerap) bawak dia p @habibjewelsofficial.
“By the way, kesukaan budak-budak bukan kita yang mengajaq (mengajar). Dia suka, dia minat, dia mau (mahu) apa yang dia nampak depan mata.
“Kalau dah celik mata nampak mak dia pakai gelang sampai ke siku, subang sampai ke bau (bahu), memang tu (itu) yang dia mau (mahu)!
“So, please tak payah nak komen macam-macam. Orang lain cara pun lain. Jangan ingat orang lain pun macam kita. Cara masing-masing berbeza. #takdakbendanakkomensimpanjaritu,” kongsinya.
Perkongsian Che Ta itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan sudah tentu anaknya akan mempunyai minat sama seperti ibunya. Malah ada yang menyokong minat Aaisyah itu kerana emas adalah pelaburan yang bagus untuk masa depan.
Apa pun betul kata netizen tak perlulah nak berikan komen kecaman. Setiap kanak-kanak mempunyai minat mereka sendiri dan cara hidup setiap keluarga berbeza-beza.