Kongsi Tips Menangis Waktu Solat, Safiey Illias Dipuji

Posted on

Syawal lalu, usahawan kosmetik Safiey Illias seolah memberi bayangan bahawa tahun ini merupakan tahun terakhir dirinya menjadi sebagai seorang perempuan.

Sering kali menerima kecaman dan kutukan netizen, namun kali ini sebaliknya pula apabila Safiey dipuji ramai selepas berkongsikan amalan yang dilakukanya untuk khusyuk dalam solat. Malah, Safiey turut berkongsikan tips menangis setiap kali setiap kali solat.

Menerusi perkongsian tersebut, Safiey berkata dia sentiasa memohon keampunan setiap kali selepas solat seolah itu adalah solatnya yang terakhir.

“Banyak lagi solatku yang tidak aku ganti, begitu juga puasaku.. Aku Mohon ampun ya Allah.. apatah lagi banyak lagi dosa dosa ku sebanyak buih di laut.,” tulisnya.

Dalam pada itu, Safiey turut menitipkan bahawa hidayah itu adalah milik Allah dan hanya Dia yang berhak untuk berikan pada siapa dikehendakiNya.

Perkongsian Safiey itu mendapat pujian daripada pengikutnya yang berterima kasih di atas tips yang diberikan. Malah ada yang mendoakan Safiey agar dicekalkan hati dan iman untuk kembali kepada fitrah asalnya.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen mengigatkan usahawan tersebut agar tidak menggunakan agama semata-mata untuk mempromosikan produknya. Apa pun kita doa yang baik-baik sahaja buat Safiey .

sumber : forum cari & rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.