Boleh dikatakan apa saja makanan atau minuman unik di pasaran sekarang pasti akan menjadi fenomena. Kalau sebelum ini trending dengan aiskrim perisa teh ais, durian, matcha dan salted egg.
Nampaknya, 7-Eleven Malaysia juga tidak mahu ketinggalan dengan trend tersebut apabila baru saja memperkenalkan ‘Aiskleem Salted Egg’. Biar betul ada aiskrim perisa telur masin?
Pasti ramai tertanya-tanya bagaimana rasa ‘Aiskleem Salted Egg’ ini. 7-Eleven menerusi Instagram ada memberitahu aiskrim keluaran mereka itu dikatakan ‘berperisa dan pedas’.
Harga yang ditawarkan hanya RM2.50 dan aiskrim ini hanya boleh didapati cawangan 7-Eleven Malaysia yang terpilih sahaja. Anda boleh semak di sini.
Tunggu apa lagi, boleh la ajak kawan-kawan anda yang ‘hantu’ salted egg untuk nikmati aiskrim ‘Aiskleem Salted Egg’ di cawangan terpilih.