“Kami Cerai Bukan Sebab Gaduh, Ia Perpisahan Yang Bagus”

Posted on

Berada dalam satu industri yang sama, Vanidah Imran mengakui tidak kisah andai ditawarkan untuk bergandingan bersama Rashidi Ishak dalam filem. Jelasnya, tiada sebab untuk mereka bermasam muka biarpun sudah bercerai.

Vanidah Imran Tidak Kisah Berlakon Bersama Bekas Suami

“Kami bukannya bergaduh, bukan perpisahan yang teruk dan ‘bitter’. Jadi tiada masalah untuk kami bekerjasama dalam satu filem. Sebenarnya tawaran lakonan filem ini diterima selepas perceraian kami”

“kenapa perlu bermasam muka? Tak kan lah mahu tolak tawaran hanya kerana tidak mahu berjumpa. Kami masing-masing ada periuk nasi yang perlu dijaga,” jelasnya mengenai tawaran berlakon selepas bercerai”

Mengambil keputusan untuk bercerai selepas 17 tahun mendirikan rumah tangga, Vanidah menjelaskan penceraian yang berlaku telah dipersetujui oleh kedua belah pihak dan tiada sebarang pergaduhan tercetus.

Terdahulu Vanidah dan Rashidi telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Namun pada Ogos 2018, pasangan ini tampil mengesahkan sudah bercerai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.