Neelofa Umum Tarik Diri Dari Anugerah Bintang Popular

Posted on

Pelakon dan pengacara Neelofa mengumumkan dia menarik diri daripada menyertai Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun ini serta edisi akan datang.

Perkara itu diberitahu menerusi satu kenyataan di laman Twitter miliknya sebentar tadi. Menurut Neelofa, keputusan itu dibuat berikutan jadualnya yang sangat padat dan mahu memberi tumpuan dalam bidang perniagaan.

“Lofa bukan menarik diri sepenuhnya, tetapi mungkin berehat untuk tahun ini dan tahun depan. Insya-Allah, jika Lofa sudah tidak lagi sibuk dengan bisnes, Lofa akan kembali aktif dalam seni.

“Jika Lofa sudah kembali aktif, baru rasa berbaloi untuk terlibat dalam majlis anugerah,” tulisnya.

Dalam pada itu, meskipun tidak bertanding dalam ABPBH tahun ini, Neelofa tetap memberikan sokongan dan tidak mungkin akan melupakan kenangan selama terlibat dalam anugerah tersebut.

“Mana mungkin melupakan kenangan-kenangan indah yang tercipta sepanjang bersama kalian?

“Lofa doakan agar ABPBH terus maju dan terus megah berdiri dalam penganjuran edisi-edisi seterusnya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.