“Saya Tak Pernah Menyusahkan Mawar” – Ibu Fizo

Posted on

Berita perceraian Fizo Omar dan Mawar Karim ternyata mengejutkan ramai pihak. Timbul spekulasi punca perceraian berlaku kerana campur tangan keluarga dan gelarannya sebagai anak emak.

Menafikan tuduhan liar itu, ibu Fizo iaitu Hasnah Jadin berkata dia menentang sekerasnya keputusan anak dan menantunya itu untuk bercerai dan sentiasa menasihati mereka selesaikan masalah dengan baik.

“Ibu mana yang nak anak bercerai. Saya selalu menasihati Fizo dan Mawar supaya selesaikan masalah dengan baik. Tak nak sampai perlu bercerai-berai.

“Saya sendiri tak setuju dan menentang keras keputusan mereka bercerai. Saya dan Mawar tak ada masalah dan semuanya okay,” katanya kepada mStar Online.

Hasnah turut menjelaskan dia tidak pernah menyusahkan Mawar sepanjang mereka tinggal bersama. Jelasnya lagi, sepanjang enam tahu dia tidak hanya tinggal di rumah Fizo sahaja.

“Saya tak pernah menyusahkan sesiapa dalam rumah itu. Saya ada ramai anak tapi saya lebih selesa tinggal bersama Fizo.

“Dia yang menjaga saya sejak arwah suami meninggal dan jami sudah berbelas tahun tinggal bersama. Tapi sepanjang enam tahu itu saya bukan duduk di situ sahaja tapi selalu berulang-alik tinggal di rumah anak-anak lain juga,” katanya.

Dalam pada itu, Fizo turut meminta netizen berhenti mengaitkan keluarganya dan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang pada netizen yang meninggalkan komen melampau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.