Nabil Ahmad Bina Rumah Tepi Kubur Untuk Beramal

Posted on

Teringin mahu menyumbangkan kudrat membantu penggali kubur di masa depan, Nabil Ahmad telah membina sebuah kediaman bersebelahan tanah perkuburan untuk memudahkannya melakukan kebajikan.

“Saya tergerak hati membina kediaman di sana apabila menerima pelawaan untuk memberikan sumbangan dan bantuan memperbaiki masjid di kawasan kampung. Rumah berkenaan juga sebagai hadiah kami adik-beradik buat ibu bapa”

“Alhamdulillah. Mereka masih ingatkan saya dan ia dianggap seperti penghargaan buat anak kampung seperti saya. Dahulu, rumah mak saya juga berhampiran masjid dan berdekatan dengan kubur”

“Insya-Allah, apabila sudah bersara nanti, ada juga rumah untuk berehat, jauh daripada hiruk-pikuk kota. Teringin juga nak menyumbangkan kudrat dengan membantu penggali kubur dan sebagainya pada masa hadapan,” jelasnya.

Difahamkan niat murni Nabil itu dibina bersama adik beradiknya bagi memenuhi impian ibu bapa mereka, sekaligus memilih sekitar Negeri Sembilan sebagai lokasi kediaman mereka sekeluarga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.