Penyanyi Zizi Kirana mengakui lelaki berusia ada daya tarikan mereka tersendiri, malah dia juga tidak menolak andai ditakdirkan bertemu jodoh dengan lelaki berusia.
Katanya lagi, soal jodoh adalah ketentuan Allah dan apa yang paling penting adalah lelaki itu boleh menjaganya serta membahagiakan dirinya.
BACA: Zizi Kirana Mahu Kahwin Lelaki Kelakar, Tak Kisah Paras Rupa
“Kalau jodoh itu boleh diberi pilihan, saya atau sesiapa saja sudah pasti inginkan yang terbaik menjadi pasangan hidup. Namun, dalam kehidupan ini kita tidak boleh menidakkan aturan dan ketentuan Allah SWT. Soal jodoh, ajal dan maut itu kerja Dia.
“Saya okay jika ditakdirkan berkawan dan berkahwin dengan lelaki berusia. Apa yang penting dia boleh menjaga, membahagiakan dan membuat saya ketawa,” katanya kepada Harian Metro.
Impikan lelaki yang kelakar dan seorang yang rajin, bagaimanapun Zizi menolak sekerasnya suami orang.
“Kalau dia berusia atau orang tua sekali pun, saya okay asalkan bukan suami orang. Sebagai wanita, saya perlu menghormati hak wanita lain.
“Saya percaya, dalam soal ini diri sendiri perlu memainkan peranan. Sekiranya memang lelaki itu bukan jodoh kita, saya percaya Allah akan hadirkan lelaki lain yang lebih baik,” katanya.