Menerusi perkongsian di media sosial, Wawa Zainal telah ditahan di sebuah pusat perubatan di Kota Kinabalu, Sabah apabila kerap muntah. Menurut Aeril Zafrel, isterinya makan terlalu banyak makanan laut dan durian.
“Semalam Wawa makan durian, tarap, nanas dan makanan laut. Mungkin sebab terlalu banyak, jadi bayi dalam kandungan terkejut dan beri kesan pada kandungan. Tidak dapat dopastikan sama ada Wawa keracunan makanan atau tindak balas bayi dalam kandungan”
“Cuma, saya berharap tidak ada apa yang teruk. Pagi tadi dia tiba-tiba saja muntah-muntah. Itu yang terus bawa ke hospital dan selepas pemeriksaan dia kena tahan. Ketika hamil anak kedua dulu pun, Wawa pernah kena perkara sama,” katanya kepada Harian Metro.
Jelas Aeril lagi, keadaan isterinya kini stabil dan menurut perkongsian terbaru pasangan ini, Wawa kini sudah pun keluar daripada hospital. Malah kata Aeril lagi, ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku.
Semoga Wawa lebih berhati-hati mengambil sesuatu makanan selepas ini, apatah lagi kini dalam keadaan mengandung. Mungkini juga boleh jadi pengajaran buat ibu-ibu mengandung yang lain di luar sana.