Netizen Ugut Lapor Polis, Elvina Nafi Dera Anak

Posted on

Niat hanya mahu bergurau, tindakan pelakon Datin Elvina Mohamad yang memuat naik foto tangan dan kaki anaknya diikat menggunakan pita pelekat perubatan menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Malah ada yang menuduhnya mendera anak lelakinya, Karl Mateen yang berusia lapan bulan. Bagaimanapun, Elvina menafikan tuduhan tersebut serta menjelaskan bahawa dia tiada niat mendera anaknya seperti yang didakwa.

“Tak sangka apabila saya post gambar itu di Instagram, ia menjadi isu besar. Siap kaitkan saya dengan orang lain kerana dera anak.

“Mereka ini sangat melampau! Takkan lah saya nak dera anak saya sendiri, ia hanya gurauan. Kapsyen itu sahaja sudah menunjukkan yang saya hanya bergurau. Takkan lah mereka tak boleh nak fikir?

“Lagipun saya guna pita pelekat hospital dan dia gelak sahaja. Tak mungkin saya nak buat benda yang tak betul?

“Saya bukan bodoh sangat sampai nak dera anak sendiri, nak bagi anak sendiri terseksa. Saya pun pelik, saya upload hanya untuk bergurau pun mereka nak jadikan isu besar,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Elvina berkata dia tidak gentar jika ada netizen yang mengugutnya untuk membuat laporan polis berhubung tindakannya itu. Katanya lagi, netizen sengaja memperbesarkan isu tersebut.

“Ada yang siap DM saya ugut nak buat report polis. Saya rasa mereka sengaja nak besar-bsarkan isu itu sampai nak report polis, report gambar itu sampai kena removed dengan Instagram.

“Kalau mereka betul-betul mahu buat report polis, silakan. Saya boleh bawa anak saya sekali pergi balai polis,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.