Sufian Suhaimi Bercinta Dengan Gadis Instafamous 16 Tahun?

Posted on

Selepas episod putus tunang, kisah peribadi Sufian Suhaimi sering menjadi perhatian netizen. Jika sebelum ini dikaitkan dengan pelakon Jasmine Suraya, kali ini Sufian didakwa menjalin hubungan cinta dengan seorang instafamous, Arianna Natasha.

Kisah hubungan mereka tular selepas Sufian dilihat turut sama meraikan ulang tahun kelahiran gadis berusia 16 tahun itu baru-baru ini.Bagaimanapun, Sufian menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan gadis tersebut dan kehadirannya di majlis tersebut hanya atas dasar kawan sahaja

“Saya dan Arianna tak ada hubungan istimewa pun, kami sudah lama mengenali antara satu sama lain. Hubungan kami pun hanya kawan sahaja.

“Kehadiran saya di majlis hari jadi Arianna itu pun atas dasar persahabatan. Saya diundang keluarganya untuk hadir dan kebetulan lokasi majlis itu berdekatan dengan rumah saya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Sufian berkata buat masa ini dia tidak menjalin hubungan cinta dengan sesiapa pun dan mengakui masih belum berkeyakinan untuk bercinta meskipun sudah melupakan kisah cinta lalu.

“Buat masa sekarang ini, saya tidak bercinta dengan sesiapa pun. Kalau boleh, saya nak elakkan kisah peribadi diberi perhatian lebih berbanding kerjaya seni. Bukan tak move on tapi saya masih ada perasaan insecure nak mulakan hubungan cinta,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.