Netizen Meluat Bella Astillah Live IG Dengan Bekas Suami

Posted on

Meskipun sudah hampir empat bulan bercerai, namun hubungan Aliff Aziz dan Bella Astillah masih baik demi anak mereka. Sebelum ini, Bella tidak mampu menahan sebak apabila Aliff menegurnya ketika membuat IG Live bersama peminatnya.

Nampaknya, baru-baru ini seorang netizen berkongsikan satu rakaman video memaparkan Bella dan Aliff membuat sesi Live bersama menerusi Instagram.

Bagaimanapun, ramai yang kurang senang dan muak dengan sesi Live tersebut dengan mengatakan Bella seolah sengaja mahu meraih perhatian netizen.

Malah, ramai yang meminta Bella supaya berhenti berhubung dengan bekas suaminya melalui IG Live kerana banyak lagi cara lain untuk saling berhubung. Kata netizen lagi, sebelum ini mereka rasa sebak namun kini rasa meluat.

Apa pun Bella dan Aliff seharusnya dipuji kerana bukan mudah untuk mereka yang sudah bercerai mengekalkan hubungan baik. Kita doakan yang baik-baik saja untuk mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.