“Aliff Aziz Masuk Kelas Agama, Belajar Mengaji”

Posted on

Hampir empat bulan bercerai, namun kehidupan Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi menjadi perhatian ramai. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan Bella dan Aliff masih lagi baik demi anak mereka, Ayden.

Menurut Bella, bekas suaminya itu kini berada di Singapura dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama. Bella berkata, kontroversinya terdahulu membuatkan Aliff hilang keyakinan diri, namun keadaannya kini semakin baik.

“Alhamdulillah, saya lihat keadaan Alif semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji.

“Bagi saya ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga. Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia,” katanya kepada mStar Online.

Dituduh mahu meraih simpati apabila sering membuat Live IG bersama bekas suaminya, Bella berkata tindakannya adalah untuk memberikan sokongan dan membantu memulihkan semangat Aliff.

“Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka boleh saja tinggalkan IG Live kami. Lagipun saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

“Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami, Ayden,” katanya.

Baguslah jika Aliff mahu berubah ke arah lebih baik. Diharap suatu hari nanti Aliff dapat buat comeback dengan imej baru dan bebas daripada kontroversi panas. Doakan yang baik-baik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.