Sebelum ini rumah tangga Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan dan Hana Azraa dikatakan di ambang perceraian apabila Hana sendiri mendedahkan bahawa mereka bakal bercerai dan sudah tidak lagi tinggal sebumbung.
Namun, PU Abu menafikan dakwaan isterinya itu dan menjelaskan mereka masih lagi pasangan suami isteri. Kemudian, rumah tangga mereka sekali lagi diperkatakan apabila Hana Azra mengemaskini bio Instagram dengan status ‘Single Mommy’.
Terbaru, Hana berkongsikan berita kehamilannya serta memuat naik video sedang menjalani pemeriksaan ultrasound di sebuah pusat perubatan. Bagaimanapun, perkhabaran gembira itu menimbulkan rasa kurang senang netizen.
Malah ada yang mempersoalkan status rumah tangganya dengan PU Abu dimana sebelum ini pernah dikatakan mahu bercerai tetapi kini dikhabarkan hamil pula. Tidak kurang juga ramai yang meninggalkan komen negatif terhadap usahawan tersebut.
Meskipun ramai yang mengecam, ada pengikutnya mengucapkan tahniah di atas kehamilan tersebut dan menasihatkan Hana supaya menjaga diri dan kandungan.
Terdahulu, nama Hana Azraa menjadi perhatian umum apabila bekas isteri PU Abu iaitu Ain Afini mendedahkan telah diceraikan suaminya selepas memilih untuk bernikah dengan Hana yang berstatus janda anak satu.