Senarai 7 Smartphone Terbaik Terkini Tahun 2019 Bawah RM500

Posted on

Sekarang bukanlah satu perkara yang susah untuk anda dapatkan dan miliki sebuah telefon pintar atau smartphone ini. Dengan persaingan yang banyak antara syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar yang terkenal seperti Samsung, Huawei, Honor, Vivo, Oppo dan lain-lain, harganya juga menjadi lebih berpatutan dan menjadi mampu milik untuk semua orang.

Namun begitu, tak semua smartphone murah menjanjikan spesifikasi dan kekuatan pemprosesan yang tinggi. Jika anda sedang mencari smartphone murah, anda boleh lihat 7 smartphone terbaik terkini tahun 2019 di bawah RM500.

Honor 7s

Honor merupakan jenama smartphone di bawah syarikat besar Huawei. Namun begitu, honor 7s ini merupakan keluaran smartphone bajet bagi sesiapa yang tak begitu pentingkan kekuatan pemprosesan bagi penggunaan seharian.

Ianya dilengkapi dengan memori RAM 2GB dan memori penyimpanan sebanyak 16GB. Skrinnya agak besar iaitu 5.45 inci dan mampu menyediakan gambaran berkualiti tinggi yang lebih jelas. Jangka hayat baterinya juga mampu bertahan lama terima kasih kepada saiz baterinya iaitu dengan bateri Li-ion 3020 mAh.

Ia bukanlah smartphone yang berkuasa tinggi tapi ianya mampu memenuhi keperluan tugasan harian anda tanpa masalah. Ia juga datang dengan 1 kamera di belakang bersaiz 13 MP dan satu lagi kamera swafoto bersaiz 5 MP.

Wiko UPulse

Wiko UPulse adalah salah satu jenama smartphone keluaran Perancis di bawah syarikat di China. Walaupun ianya tak begitu terkenal seperti jenama smartphone lain di pasaran, ianya mampu bersaing dan memberikan spesifikasi yang agak menarik pada harga yang lebih berpatutan.

Smartphone ini mempunyai saiz skrin definisi tinggi 5.5 inci. Ia dilengkapi dengan satu kamera di belakang bersaiz 13 MP dan satu kamera swafoto dan flash di hadapan bersaiz 8MP. Kualiti kameranya agak jelas kerana ia mempunyai fungsi dan ciri HDR yang membantu untuk menyesuaikan kandungan cahaya dalam gambar anda sekaligus memberikan tangkapan gambar yang lebih cantik dan jelas.

Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai sensor cap jari yang sukar didapati pada smartphone murah yang lain.

Xiaomi Redmi 7

Xiaomi merupakan satu lagi telefon pintar keluaran China yang terkenal di seluruh dunia oleh kerana harganya yang sangat berpatutan. Xiaomi Redmi 7 ini menawarkan memori RAM sebesar 3GB dan memori penyimpanan sebesar 32 GB untuk simpanan fail dan gambar peribadi anda dengan lebih banyak.

Telefon ini juga mampu bertahan sehingga 2 hari terima kasih kepada saiz baterinya yang besar iaitu sebesar 4000 mAh. Berbeza dengan telefon pintar yang lain, Redmi 7 menawarkan dua kamera belakang bersaiz 12MP dan 2MP manakala satu kamera hadapan bersaiz 8MP untuk gambar swafoto yang lebih cantik. S

martphone ini juga dilengkapi dengan sistem cap jari di belakang. Anda tak perlu lagi risau ketika bermain game seperti PUBG dan ML kerana ianya mempunyai sistem pemprosesan 8-core yang lebih lancar dan laju ketika anda bermain game.

Vivo Y93

Vivo sudah lama terkenal sebagai telefon pintar berpatutan yang menawarkan kualiti kamera yang tinggi. Vivo Y93 ini dilengkapi dengan dua kamera belakang bersaiz 13MP dan 2MP manakala kamera swafotonya bersaiz 8MP.

Vivo Y93 ini bukan saja pakar dalam kelengkapan kamera berkualiti tinggi, malah sistem operasinya juga menggunakan sistem terkini iaitu Android 8.1. Saiz skrin yang ditawarkan adalah sangat besar iaitu sebesar 6.22 inci untuk kualiti gambar yang lebih jelas.

Anda juga boleh memainkannya dengan lebih lama oleh kerana ciri baterinya yang dilengkapi sebesar 4030 mAh untuk ketahanan berpanjangan. Smartphone ini menawarkan memori RAM sebesar 3GB dan memori penyimpanan sebesar 32 GB untuk simpanan fail dan gambar peribadi anda dengan lebih banyak.

Realme C2

Realme C2 adalah smartphone keluaran terbaru yang menjadi perbualan orang ramai. Ini kerana spesifikasi dan kuasa pemprosesan yang ditawarkannya sangatlah menarik dan berkualiti berbanding telefon bajet yang lain. Skrinnya bersaiz 6.1 inci dengan kualiti definisi tinggi.

Baterinya juga mampu tahan lebih lama kerana saiznya sebesar 4000mAh yang dilengkapi dalam smartphone ini. Ia datang dalam dua pilihan iaitu sama ada 2GB RAM bersama memori penyimpanan bersaiz 16GB atau 3GB RAM bersama memori penyimpanan bersaiz 32GB pada harga yang berbeza.

Ia juga mempunyai dua kamera di belakang bersaiz 13MP + 2MP dan satu kamera swafoto di depan bersaiz 5MP. Anda tak akan menyesal jika ingin cuba smartphone keluaran Realme ini.

Huawei Nova 4

Huawei kini merupakan salah satu pengeluar smartphone yang mampu bersaing dengan Samsung. Huawei Nova 4 ini adalah smartphone yang berpatutan dan menawarkan ciri spesifikasi yang baik untuk kegunaan harian biasa. Ia dilengkapi dengan kapasiti memori RAM 2GB dan memori penyimpanan sebesar 16GB.

Ia hanya mempunyai satu kamera di belakang bersaiz 8MP dan satu kamera swafoto bersaiz 5MP. Smartphone ini menyokong penggunaan sim sebanyak dua sim dan mempunyai saiz bateri sederhana iaitu sebesar 2600 mAh.

Jika anda ingin mencari smartphone untuk kegunaan permainan seperti PUBG dan lain-lain, smartphone ini mungkin bukan yang terbaik untuk anda kerana ia hanya mampu digunakan untuk kegunaan harian biasa seperti Whatsapp, Facebook, Youtube, Google menelefon dan aplikasi ringan yang lain.

NEFFOS C7S

Tak ramai yang tahu bahawa smartphone keluaran Neffos ini mempunyai ketahanan yang tinggi seperti telefon Nokia. Harganya juga sangat berpatutan dan boleh dimiliki oleh sesiapa saja. Ia dilengkapi dengan kapasiti memori RAM 2GB dan memori penyimpanan sebesar 16GB.

Smartphone ini menyokong penggunaan sim sebanyak dua sim dan mempunyai saiz bateri sederhana iaitu sebesar 2600 mAH. Akan tetapi, ianya menggunakan sistem operasi android terkini iaitu Android 9. Ia hanya mempunyai satu kamera di belakang bersaiz 8MP dan satu kamera swafoto hadapan bersaiz 5MP.

Walaupun ciri spesifikasinya tak tinggi seperti smartphone yang lain, ianya memberikan kepuasan kepada pengguna dari segi ketahanan penggunaannya dan juga jangka hayat yang lama.

Walaupun banyak jenama smartphone yang telah dikeluarkan, anda perlu bijak memilih supaya tidak tertipu dengan telefon klon atau keluaran palsu yang dijual pada harga yang terlalu murah. Buatkan perbandingan sesuai dengan bajet anda supaya anda puas hati ketika memilih untuk membelinya kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.