Baru sahaja menimang cahaya mata pertama, Elfira Loy meluahkan rasa syukur dipermudahkan urusan dari hamil sehingga bersalin. Kongsi Elfira, beliau banyak mengamalkan surah-surah Al-Quran serta membuat solat sunat ketika hamil.
“Rasa bersyukur sangat semuanya Allah permudahkan dari awal sampai sekarang. Terima kasih Ya Allah. Tak ada rahsia El nak share. But one thing, El tak pernah putus doa dari hari pertama tahu pregnant sampai hari Rayyan dilahirkan”
“Mama banyak pesan untuk solat tahajud, solat sunat taubat, solat hajat sampai nak pilih doktor dan hospital pun El istikarah. Sebab tu dah week 30 baru El pilih hospital bersalin sebab takut tak mendapat keredhaan Allah”
“Baca surah Maryam, Yusuf, Luqman, AlFatihah, 3 Qul, bacaan Al-Quran dan surah Al-Mulk yang setiap malam ayah dan mama baca dalam kereta otw balik yang menjadi amalan dan kepercayaan,” tulisnya lagi.
Semoga perkongsian Elfira ini menjadi inspirasi buat ibu-ibu muda diluar sana yang sedang hamil. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Elfira dan suami diatas kelahiran putera sulung mereka.