Sering berkongsikan foto momen bersama anak-anak, ramai yang geram melihat kecomelan anak Datin Zizie Izette yang comel-comel belaka. Malah, Zizie dan anak-anak juga sering mengenakan pakaian sedondon.
Melihatkan pakaian sedondon anak-anaknya, pasti ramai menyangka ianya pakaian berjenama. Meskipun sangat mementingkan aspek pemakaian anak-anak, namun Zizie berkata dia tidak kisah jika pakaian tersbeut murah asalkan kemas dan cantik.
Kata Zizie lagi, dengan keadaan ekonomi yang kurang baik serta tanggungan semakin besar, mereka sekeluarga perlu berjimat cermat untuk dibelanjakan ke arah yang lebih penting lagi terutama hal persekolahan anak-anak.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen yang memuji sikap rendah diri Zizie. Malah ramai yang bersetuju dengan kenyataan Zizie itu dimana anak-anak cepat membesar dan akhirnya pakaian tersebut tidak lagi boleh dipakai.
Siapa cakap nak pakai cantik kena beli yang berjenama sahaja. Kalau pandai cari, yang murah pun boleh nampak mahal.