Dato Red Syukur Adira Tarik Balik Permohonan Cerai

Posted on

Sebelum ini kecoh mengenai rumah tangga Adira Suhaimi apabila penyanyi itu menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dato Red pada 1 April lalu. Malah, Adira menegaskan untuk meneruskan perceraian dan akan mempertahankan hak penjagaan ketiga-tiga orang anaknya.

Nampaknya, kemelut rumah tangga pasangan itu masih boleh diselamatkan lagi apabila Dato Red memberi gambaran hubungan mereka bakal baik seperti sedia kala.

Menerusi Insta Story, Dato Adnan meluahkan rasa syukur apabila Adira dikatakan mahu menarik balik permohonan cerai yang difailkan sebelum ini.

Turut dikongsikan paparan skrin perbualan WhatApp perbualan seorang wanita bernama Fira memberitahu Adira berkemungkinan menarik balik permohonan cerai demi anak-anak.

Terdahulu, Adira menfailkan permohonan cerai pada 1 April lalu, bagaimanapun Dato Red membantah permohonan isterinya itu.

Dato Red menegaskan dia masih mahu mempertahankan rumah tangganya dengan Adira demi anak-anak mereka. Malah, dia akan berusaha untuk menambat hati Adira dan selamatkan perkahwinan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.