Umum mengetahui kemelut rumah tangga Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila masih tiada kesudahan lagi sejak beberapa bulan lalu. Terbaru, kes pasangan tersebut masih lagi berlanjutan dan diperintah untuk jalani proses timbang tara.
Sering berkongsikan isi hatinya di laman Twitternya, baru-baru ini perkongsian Sharnaaz sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu meluahkan rasa kecewanya apabila seakan memberi gambaran bahawa dirinya telah difitnah.
Dalam pada itu, rata-tara netizen memberikan kata-kata semangat kepada Sharnaaz supaya terus bersabar menempuh dugaan dan ujian tersebut. Malah, netizen turut meminta Sharnaaz banyakkan berdoa kerana doa orang yang terniaya akan dimakbulkan.
Terdahulu, Sharnaaz meluahkan rasa sedih apabila terlepas melihat perkembangan terkini anaknya, Jebat Jayden. Menurut Sharnaaz, dia tidak dapat melihat proses Jebat belajar berjalan depan matanya sendiri.
sumber : Rotikaya