“Kalau Kerajaan Kacau Netflix, Saya Akan Baring Depan Finas”

Posted on

Sejak semalam kecoh apabila ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan cadangan CEO Finas, Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan menapis kandungan platform penstriman video, Netlix.

Perkara itu turut mendapat perhatian Sharifah Sakinah yang menyifatkan cadangan itu sangat tidak adil kerana platform berkenaan turut menyediakan pilihan untuk ibu bapa menyekat kandungan supaya tidak boleh ditonton oleh kanak-kanak.

BACA :Almy Nadia Dedah Suami Sudah Tiga Bulan Tak Ada Job

“Hari ini, CEO Finas mencadangkan kerajaan untuk menapis kandungan Netflix dimana saya tak bersetuju. Ya mungkin ada kandungan yang tidak sesuai untuk kanak-kanak tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

“Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, kamu boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sakinah seolah menyindir Ahmad Idham apabila mengimbau kembali drama Cindrella yang pernah popular satu ketika dahulu dimana terdapat babak pegang-pegang tidak bertapis di televisyen.

“Kalau kerajaan nak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah zoo negara sekali. Ini tidak adil dan macam-mana aplikasi lain seperti Wechat dan YouTube?

“Untuk CEO Finas, saya sangat rindu drama lama awak seperti Cinderella yang memberi inspirasi untuk saya menjadi pelakon. Siapa boleh lupa babak romance dan pegang-pegang, menari-menari yang saya tengok semasa kecil yang tidak bertapis di televisyen,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.