Sejak semalam kecoh diperkatakan mengenai Suami Lufya, pelakon Lufya Omar iaitu Dr. Che Muhammad Hafiz dilihat tidak menghiraukan tangisan anaknya, Laana Haura sewaktu selesai prosiding di mahkamah, Isnin lalu.
Tindakannya itu sekaligus mengundang kecaman netizen yang mendakwanya seorang yang tidak berhati perut dan mementingkan diri sendiri. Tampil menjelaskan perkara itu, Che Hafiz berkata tidak mungkin dia buat tidak endah jika mendengar suara anaknya.
“Sebelum keluar mahkamah, saya memang jumpa dan luangkan masa dengan anak disaksikan oleh dia dan ahli keluarga dia sendiri, anak amat rapat dengan saya.
BACA : Lufya Omar Pelik Suami Tak Mahu Bercerai
“Hanya setelah anak pergi kepada Lufya, baru saya keluar mahkamah tapi tidak perasan anak iktu saya dari belakang. Jika benar saya mendengar suara anak, takkan sebagai bapa sanggup buat tak endah,” katanya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Che Hafiz turut meminta isterinya untuk berhenti dari mengeluarkan sebarang kenyataan kepada media serta menafikan dakwaan bahawa dia tidak menghiraukan anak mereka.
“Saya ingin menasihati Lufya supaya berhenti membuat kenyataan media memburuk-burukan dan menfitnah saya, sebaliknya buktikan di mahkamah jika benar, jangan sekadar baling batu sembunyi tangan.
“Berkenaan isu saya tidak hiraukan anak dan setelah beberapa bulan baru dapat jumpa anak adalah fitnah dan dia serta keluarga sendiri tahu apa yang berlaku apabila saya ingin berjumpa anak di rumah dia,” katanya.
Terdahulu, kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan apabila suaminya, Che Hafiz enggan menceraikannya.
sumber : MSTAR ONLINE