“Yang Marah Tapis Netflix, Tak Sayang Anak” – CEO Aflix

Posted on

Umum mengetahui baru-baru ini ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan Finas yang menggesa kerajaan menapis kandungan platform penstriman Netflix.Kemudian kecoh pula mengenai kemunculan satu platform penstriman terbaru yang dipanggil Aflix.

Terbaru, CEO Aflix mangatakan mereka yang marah dengan gesaan agar kandungan Netflix ditapis adalah golongan yang tidak menyayangi anak-anak.

Ujarnya, kandungan dalam platform itu sepatutnya sesuai ditonton seisi keluarga seperti yang ditawarkan dalam platformnya.

Terdahulu, tular satu foto pihak Aflix  bertemu dengan CEO Finas, Ahmad Idham.

Perkara itu sekaligus mengundang pelbagai spekulasi netizen yang mendakwa Finas mempunyai agenda tersendiri untuk menyekat kandungan di Netflix.

Malah, ada yang mengatakan syarikat tersebut sepatutnya bersaing secara sihat dengan Netflix.

SUMBER: MALAYSIAN INSIGHT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.