Bekas Suami A. Aida, Ariff Aziz Kini Hangat Bercinta Dengan Wanita Ukraine?

Posted on

Pasti ramai yang mengetahui bahawa perkahwinana A. Aida bersama pelakon Ariff Aziz sudah hampir tujuh bulan menemui noktahnya. Pun begitu, nampaknya kedua-dua selebriti ini berpisah dengan cara yang buruk. Ada sahaja kata-kata perlian yang dihamburkan oleh kedua mereka terhadap bekas pasangan masing-masing.

Senyap tanpa khabar berita, tiba-tiba Ariff Aziz memuat naik beberapa keping gambarnya bersama seorang wanita Ukraine yang dikenali sebagai Svetlana Oudeno Dos Santos.

Amboi sweet sungguh! Daripada kapsyen lelaki itu, nampaknya wanita cantik itu telah menemaninya semasa dia menyertai perlawanan bola keranjang.

Semoga perjalanan selamat. Jumpa lagi nanti. Terima kasih kerana memberikan sokongan ketika pertandingan bola keranjang saya.

Rata-rata netizen yang melihatkan kemesraan Arif dan wanita itu menebak bahawa mereka adalah pasangan kekasih dan duda itu telah pun berjumpa dengan pengganti baru selepas episod dukanya bersama A. Aida.Tidak kurang juga ada netizen meninggalkan komen nakal mendakwa Ariff mahukan pasangan yang lebih muda dan bergetah.

Kita nantikan sahajalah kenyataan rasmi daripada jejaka tinggi lampai itu. Sama ada memang benar hatinya sudah dicuri oleh wanita Ukraine tersebut.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.