“Hati Saya Dah Tertutup, Tak Mungkin Rujuk Semula”

Posted on

Kemelut rumah tangga Lufya Omar masih tiada kesudahan apabila suamunya, Dr Che Muhammad Hafiz enggan menceraikannya. Malah, turut terkejut kerana sebelum ini suaminya mengeluarkan kenyataan sudah menceraikannya melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut Lufya, dia tetap dengan keputusannya untuk mendapatkan pengesahan lafaz cerai yang dibuat suaminya itu. Katanya lagi, pintu hatinya sudah tertutup untuk suaminya dan tidak mungkin akan rujuk semula.

BACA: Lufya Omar Pelik Suami Tak Mahu Bercerai

“Saya memang keliru apabila dia menukar pendirian tidak mahu bercerai sedangkan sebelum ini dia mengeluarkan kenyataan sudah menceraikan saya ketika ditemubual media.

“Pint hati saya sudah tertutup untuknya. Tidak mungkin kami akan rujuk semula. Saya tetap dengan keputusan yang sudah dibuat dan tidak akan berpatah balik,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Lufya berkata dia bersedia untuk bergelar ibu tunggal di usia muda memandangkan sudah lama dia memulakan hidup baru bersama anak tunggalnya. Ujarnya lagi, dia berharap kes rumah tangganya akan selesai secara baik.

“Saya sudah mulakan hidup baru sejak dia tinggalkan saya bersama anak. Saya berharap dia jujur pada dirinya sendiri dan tidak memanjangkan kes rumah tangga kami ini,

“Tiada kasih sayang dan kesetiaan lagi dalam perkahwinan ini. Biarlah kami berpisah cara baik untuk masa depan anak. Insya-Allah, saya akan menjaga Haura sebaik yang mungkin,” katanya.

Terdahulu, kisah pergolakan rumah tangga Lufya menjadi bualan apabila pelakon itu mendakwa dia telah dianiaya suaminya yang disifatkan ‘tidak terjangkau dek fikiran’ terhadap dirinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.