Da’i Farhan Kahwin Janda Anak 8, Isteri Pertama Tak Redha?

Posted on

Da’i Farhan Kahwin Janda Anak 8, Isteri Pertama Tak Redha?| Jika sebelum ini kecoh mengenai Pencetus Ummah Abu yang menceraikan isterinya ketika sarat hamil untuk berkahwin dengan seorang janda, kali ini timbul pula cerita tentang juara rancangan dakwah Da’i musim kedua, Da’i Nik Ahmad Farhan berkahwin lagi.

Menerusi perkongsian di Instagram semalam, Da’i Farhan memaklumkan bahawa dia sudah bernikah kali kedua dengan seorang janda anak lapan di Tanah Suci Mekah. Da’i Farhan turut berterima kasih kepada isteri pertamanya yang tabah dan kuat menerima hakikat tersebut.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji Da’i Farhan yang sanggup memperisterikan ibu tunggal serta membela nasib mereka anak-beranak.

Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook dipercayai rakan kepada isteri pertamanya mendedahkan Da’i Farhan sebenarnya sudah berkahwin secara senyap-senyap beberapa bulan yang lalu tanpa pengetahuan isteri pertama yang kini sedang sarat hamil anak kedua mereka.

Malah, individu itu juga turut mendakwa Da’i Farhan menggunakan dalil agama untuk kepentingan peribadi. Kata individu itu lagi, isteri pertama dapat tahu suami bernikah daripada orang lain bukan dari mulut suami sendiri.

Individu itu turut mendakwa keluarga juga turut kecewa dengan sikap Da’i Farhan serta ibunya juga tidak redha di atas apa yang dilakukan oleh anaknya.

Individu itu turut mendedahkan, janda anak lapan itu merupakan seorang ahli perniagaan dan doktor pakar. Dakwanya lagi, anak-anak wanita tersebut tidak memerlukan sebarang suntikan kewangan daripada Da’i Farhan.

Dalam pada itu, individu itu turut menegaskan bahawa pendedahan itu adalah daripada dirinya sendiri dan bukan ada desakan isteri pertama Da’i Farhan.

Apa pun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan yang tular itu dan diharap Da’i Farhan dapat tampil memberikan penjelasan lanjut berhubung isu ini.

SUMBER : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.