Kerajaan Nepal Cadang Ajar Subjek Bahasa Melayu Di Sekolah

Posted on

Kerajaan Nepal bercadang untuk memperkenalkan Bahasa Melayu (BM) sebagai mata pelajaran elektif di sekolah negara mereka sebagai persiapan kepada pelajar dengan untuk menceburi bidang profesional di Malaysia.

Perkara itu dibincangkan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Nepal, Giriraj Mani Pokharel bersama Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik semasa mengadakan pertemuan dua hala baru-baru ini.

Bagaimanapun, perkata itu perlu dibincangkan lebih lanjut dengan Kabinet Nepal dan pihak berkuasa berkiatan.

Dalam pada itu, Giriraj turut menyambut baik cadangan Maszlee untuk Malaysia menubuhkan institut bahasa di negara Asia Selatan itu untuk mengajar BM kepada rakyat Nepal.

Untuk pengetahuan anda, lebih 357,000 rakyat Nepal berkerja di Malaysia ketika ini, terutamanya dalam sektor keselamatan (pengawal keselamatan), pembuatan dan hospitaliti.

Dalam pada itu, Maszlee berkata pembelajaran Bahasa Melayu akan memberi manfaat apabila rakyat Nepal mahu bekerja di Malaysia kerana mereka akan mampu berkomunikasi dengan baik dan dapat meningkatkan kerjaya mereka.

p/s : Pelik orang Nepal ni, duduk di Malaysia tak sampai 5 tahun dah fasih bertutur bahasa Melayu. Lagi pelik yang lahir di Malaysia, berpuluh tahun pun masih gagap berbahasa Melayu jauh sekali berbangga dengan bahasa kebangsaan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.