Sejak semalam tular di media sosial satu video memaparkan seorang gadis dikatakan mirip pelakon Chacha Maembong sedang sakan berjoget dipercayai di Bali bersama rakan-rakannya.
Gadis mirip Chacha Maembong itu dilihat memakai bikini berwarna oren di dalam video tersebut ternyata mengejutkan ramai netizen.
Tiada apa yang salahnya untuk seorang gadis seperti Chacha Maembong untuk menikmati kehidupan zaman remajanya dengan berhibur bersama rakan-rakan tercinta. Namun adalah lebih baik sekiranya aksi-aksi sebegini tidak dirakamkan, lebih-lebih lagi jika anda ialah seorang selebriti. Kenalah jaga reputasi diri kan?
Berdasarkan informasi yang diberi, video tersebut telah dimuatnaik oleh rakan gadis mirip Chacha Maembong ke Insta Storynya. Jadi sudah tentu bukan niat pelakon itu untuk menonjolkan dirinya sedang berparti sambil berbikini sebegitu. Namun mungkin di masa hadapan, selebriti-selebriti boleh memaklumkan kepada rakan-rakan supaya jangan memuatnaik video yang mampu menjatuhkan nama baik mereka. Tak gitu?
Apa pun kita nantikan saja penjelasan daripada Chacha Maembong sendiri berkenaan video tular itu.