Bapa Mahu Hantar Anak Pergi Daftar Kolej, Terpaksa Patah Balik Sebab Tertinggal Anaknya

Posted on

” Anda tahu tak pagi aku dah tak selamat. Bapa aku nak hantar aku pergi daftar kolej, lepas tu dia patah balik. Anda tahu apa yang tertinggal?

” Aku yang tertinggal, padahal aku dah kat sebelah kereta dah nak naik kereta tapi dia jalan je tinggalkan aku,”

Demikian perkongsian seorang gadis yang berdepan detik cmas kemudiannya bertukar lucu di laman Twitter sehingga menjadi tular.

Gadis berkenaan, Nur Dyana Hood berkata, insiden berlaku dekat kediamannya di Pontian, Johor baru-baru ini ketika dia mahu mendaftar semester baharu di Kolej Poly-Tech Mara di Batu Pahat.

Pelajar berusia 19 tahun itu memberitahu, keadaan yang berlaku begitu pantas itu membuatkan dirinya terpaku melihat kereta yang dipandu bapanya meninggalkannya dari jauh.

” Kejadian berlaku pada pukul 7.30 pagi dan kami tidak dalam keadaan tergesa-gesa. Mak duduk di hadapan bersama ayah.

” Saya agar blur masa tu, tak rasa nak gelak. Saya hanya perhati je dari jauh sebab biasa waktu pagi sebelum pukul 9 memang saya kurang bercakap. Sebab tu macam lambat nak respon.

” Saya hanya tengok je kereta ayah pergi tinggalkan saya. Tapi, saya rasa pelik sikitlah kenapa ayah jalan je tak tunggu saya,” katanya kepada mStar.

Pelajar Diploma Rekaan Grafik Komputer itu bagaimanapun tidak bertanyakan mengenai hal tersebut sebaik bapanya kembali berpatah balik ke rumah untuk menjemputnya.

” Dia tak cakap apa-apa. Saya pun naik jelah. Dia diam saja dan mak saya pun senyum je. Ayah perasan dari cermin sisi kereta bila nampak saya tertinggal di belakang, itu yang dia patah balik.

” Masa ayah diam tu saya pun diam jelah. Takut nak bersuara sebab ayah pendiam dan garang,” katanya sambil menambah perjalanan mereka ke kolej mengambil masa kira-kira 1 jam dan 30 minit.

Menurut Nur Dyana, kejadian ‘tertinggal’ itu bukanlah pertama kali berlaku kerana pernah dialaminya sewaktu belajar tahun satu di sekolah rendah.

” Masa tu mak saya nak jemput saya pulang dari sekolah dengan motosikal tapi dia tak nampak saya sebab saya sembunyi belakang pokok.

” Mak selamba je terus menunggang motor. Saya cuba kejar dari belakang, jerit sambil menangis tapi mak tak dengar. Saya sampai terduduk tepi jalan sebab kejar mak,” tambahnya.

Jelas Nur Dyana, dia sebenarnya menunggang motosikal sepanjang pengajian di KPTM dan hanya menaiki kereta bapanya setiap kali pembukaan semester baharu untuk pendaftaran.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.