Banjir turut menjejaskan beberapa kampung di sekitar Kuala Krai termasuk Kampung Chenulang, Kampung Kebun Pisang dan Kampung Pasir Jering.

Mangsa banjir di Kelantan meningkat

Posted on

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 315 orang daripada 89 keluarga di tiga daerah sehingga jam 8 pagi ini.

Semua mangsa banjir itu ditempatkan di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah iaitu Kuala Krai, Machang dan Tanah Merah.

Berdasarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa di Kuala Krai terus meningkat kepada 175 orang daripada 48 keluarga, berbanding 167 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di empat PPS iaitu SK Chenulang (63 mangsa), Tabika Kemas Kuala Pertang (61 mangsa), Balai Raya Kampung Mia (43 mangsa) dan SK Sg Embak (empat keluarga).

Manakala, di Tanah Merah mencatatkan seramai 103 mangsa banjir daripada 26 keluarga ditempatkan di enam PPS iaitu SK Kelewek (39 mangsa), SK Bukit Panau (dua mangsa), SK Alor Pasir (20 mangsa), Dewan Serbaguna Kampung Padang Kijang (21 mangsa), SK Kulim (11 mangsa) dan Masjid Mukim Kuala Kepok (10 mangsa).

Mangsa banjir di Machang kekal seramai 37 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di SK Pak Roman.

Sementara itu, berdasarkan laman web publicinfobanjir.water.gov.my,

bacaan air Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Lebir di Tualang berada di paras amaran masing-masing pada bacaan 8.73 meter serta 31.44 meter, sementara tiga sungai berada pada paras berjaga-jaga.

Air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah pada paras berjaga-jaga dengan bacaan 21.99 meter, Sungai Kelantan di Kusial, Tanah Merah dan Kuala Krai masing-masing pada bacaan 13.35 meter dan 21.25 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.