Kereta terbakar dalam kemalangan, pemandu sempat selamatkan diri

Posted on

MACHANG: Sebuah kereta terbakar selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal di Kilometer 53 Jalan Kota Bharu – Kuala Krai dekat Kampung Bunut, di sini, pada Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, pemandu kereta berusia 42 tahun sempat keluar daripada kenderaannya sebelum terbakar.

Ketua Polis Daerah Machang, Dep Supt Ganti Jimmy berkata, hasil siasatan awal mendapati penunggang motosikal berusia 30 tahun itu tidak mempunyai lesen.

“Ketika kejadian, dia yang menunggang motosikal dari arah Kuala Krai menghala ke Machang secara tiba-tiba hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Wira.

“Jarak antara dua buah kenderaan yang terlalu dekat mengakibatkan kereta dipandu lelaki yang berasal dari Kampung Laklok Bunut itu hangus terbakar,” katanya.

Menurut Ganti, pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan namun penunggang motosikal mengalami patah kaki kiri.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Machang untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.