Elfira Loy Ded@h Rahsia Turun 17 Kg Lepas Bers@lin

Posted on

Sebelum ini Elfira Loy berkongsikan perkhabaran gembira apabila dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas 30 hari melahirkan cahaya mata sulungnya.

Menurut Elfira, dia mengakui sangat disiplin dalam berpantang untuk mendapatkan bentuk badan idamannya.

Berat badannnya kini turun sehingga 17 kilogram berbanding sebelum ini, Elfira memberitahu dia mengamalkan memakai bengkung pada jangka masa lama, malah ketika tidur.

“Saya amalkan pantang cara tradisional dan memang betul-betul ikut setiap rutinnya.

“Sekarang sudah pun selesai pantang. Setiap hari rutinnya sama, saya amalkan bertangas, bertunku dan sebagainya. Malah pakai bengkung memang 10 jam sehari tu memang pakai saja, tidur pun pakai.

“Dari segi pemakanan saya memang jaga. Tempoh 44 hari saya amalkan makanan khas ibu berpantang, kemudian saya tambah lagi seminggu berpantang. Itu inisiatif sendiri, katanya kepada MH.

Dalam pada itu, Elfira berharap tahun hadapan dia dapat kembali untuk belakon jika ada tawaran yang bersesuaian. Malah, suaminya turut memberikan sokongan untuk kembali berlakon.

Elfira dan Faris Khairol Anuar mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu. Pasangan itu menimang cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu yang diberi nama Muhamad Rayyan Khalaf.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.