KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat yang dijangka berlaku di Kelantan, beberapa kawasan di Terengganu dan Pahang serta Mersing di Johor sehingga esok.
Menurut kenyataan MET Malaysia, bagi Terengganu, kawasan dijangka terjejas ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Kawasan yang terjejas di Pahang ialah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin. – Bernama
sumber : sinar