Terdiam NGO Dengar Jawapan Lelaki Penghantar Surat Kenapa Dia Gigih Beratur Ambil Makanan Gelandangan

Posted on

” Pendapatan bersih saya hanya sekitar RM1,200 sebulan. Jumlah ini kecil jika dibandingkan dengan beban perlu ditanggung apatah lagi dengan kos sara hidup yang tinggi di KL (Kuala Lumpur),” katanya.

Demikian pengakuan seorang lelaki apabila dia tidak berasa segan berbaris bersama gelandangan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, untuk mendapatkan makanan kerana menganggap dirinya senasib.

” Jadi apa salahnya saya mengambil sedikit makanan mereka (gelandangan) kerana saya juga hidup daif,” ujar seorang penghantar surat yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail, 35.

Menurut Ismail lagi beliau terpaksa berdepan dengan cabaran getir meneruskan hidup untuk menyara keluarga di samping kos sara hidup tinggi di ibu kota.

” Saya menyewa PPR di Cheras dengan kadar RM124 sebulan. Namun saya perlu menampung kos rawatan ibu yang menghidap penyakit buah pinggang, menyekolahkan dua anak, pelbagai bil selain perlu menampung perbelanjaan adik di universiti.

Dia memberitahu isterinya cuba menolong menambahkan pendapatan keluarga dengan membekalkan kuih ke gerai berhampiran.

Isu gelandangan atau miskin bandar tidak akan selesai selagi masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan isu kos sara hidup tidak diselesaikan.

” Biasanya saya singgah mengambil bungkusan makanan diedarkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atau NGO Dapur Jalanan untuk dibawa pulang untuk anak-anak. Ini membolehkan saya berjimat belanja dapur antara RM50 hingga RM100 sebulan.

” Malah ada ada juga NGO yang mengagihkan sabun, berus dan ubat gigi. Ini adalah rezeki kami sekeluarga,” katanya.

Sementara itu, aktivis masyarakat yang juga pensyarah kanan pusat pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, isu gelandangan atau miskin bandar tidak akan selesai selagi masalah ekonomi, peluang pekerjaan dan isu kos sara hidup tidak diselesaikan.

Menurutnya, jika punca ini tidak diatasi, komuniti jalanan akan terus bertambah kerana mereka berasakan ini jalan keluar pada permasalahan.

” Walaupun diakui ada di antara mereka benar-benar daif dan pelbagai program dijalankan kerajaan seperti program Anjung Singgah dan Program Rumah Bimbingan Gelandangan namun ia belum mencukupi bagi mengatasi masalah ini dalam jangka masa panjang.

” Komuniti jalanan ini harus dikategorikan mengikut sebab dan kemahiran asas contohnya bagi membimbing mereka. Agensi Islam serta masjid khususnya juga harus meletakkan sebahagian peruntukan asas untuk membantu golongan ini dengan program jangka panjang,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.