PETRON sudah empat tahun menyokong acara Rainforest Challenge (RFC) yang kali ini membuka peluang kepada pihak media menyertai pengembaraan ‘Prestasi TriAction Advantage Petron’ untuk merasai pengalaman eksklusif Rainforest Challenge Grand Finale di Kelantan.
Sebagai salah satu acara sukan lasak 10 teratas dunia, kenderaan 4×4 dalam cabaran RFC ini dikuasakan Petron Turbo Diesel Euro 5. Saingan melibatkan aksi dalam hutan hujan tropika pada musim tengkujuh yang tahun ini disertai 450 peserta dari 20 negara.
Pengasas RFC, Trophy Luis JA Wee berkata, perlumbaan tahun ini lebih sukar kerana peserta perlu merentasi 50 Peringkat Khas (SS). Laluan tersebut akan membawa peserta merentasi Kota Bahru, Pasir Mas, Tanah Merah, dan Kuala sebelum berakhir di Gua Musang yang disusuli karnival dua hari.
“Hanya gabungan pemandu dan kenderaan terbaik, termasuk pilihan bahan api dan minyak enjin yang tepat akan mendorong pasukan untuk menamatkan podium,” katanya.
Rainforest Challenge Grand Finale, yang bermula 29 November hingga 9 Disember, adalah acara akhir RFC Global Series (RFCGS), iaitu litar lumba off-road dunia yang melibatkan 25 negara dengan 45 acara. Peringkat perlumbaan dinamakan Predator, Terminator dan Zon Twilight yang memerlukan peserta meredah laluan curam, berbukit, menyebarang cerun (v gullies), kawasan paya dan kolam berlumpur.
Kenderaan akan berhenti di stesen Petron di Kota Bahru, Pasir Putih, Laloh dan Gua Musang untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke laluan off-road di bekas hutan balak di Kelantan. Melengkapkan pengalaman itu pihak media berpeluang menyertai pusingan kelayakan RFC atau Peringkat Prolog di Bukit Panau, Pasir Mas.
Dalam acara Jelajah Kembara Media Prestasi Petron TriAction Advantage dapat merasai perbezaan prestasi yang ditawarkan Petron Turbo Diesel Euro 5 yang didatangkan dengan aditif premium TriAction Advantage. Petron Turbo Diesel Euro 5 direka khusus untuk meningkatkan prestasi enjin, penjimatan bahan api dan memanjangkan jangka hayat enjin.