“Saya Pun Tak Nak Laki Orang, Tapi Itu Aturan Allah”

Posted on

Satu demi satu kontroversi terpalit Da’i Farhan, akhirnya pendakwah itu dan isteri barunya, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr Erin tampil dalam satu temu bual baru-baru ini.

Menceritakan apa yang berlaku dalam kisah hubungan mereka yang ‘sekelip mata’ sahaja bergelar suami isteri, Dr Erin berkata mereka langsung saling tidak mengenali dan ketika itu Da’i Farhan merupakan mutawif ketika di Tanah Suci.

Dedahnya lagi, ketika itu dia mengerjakan umrah bersama calon suaminya yang lain. Namun, pada malam selepas melakukan ibadah di Mekah, dia terasa rindukan seseorang dan berdoa kepada Allah, sehinggalah keesokan harinya dia ternampak wajah Da’i Farhan di cermin.

“Balik malam tu, saya tidur saya mimpi sesuatu yang seronok sangat. Lepas solat subuh, jantung dah berdebar dan rindukan seseorang. Kemudian, saya berdoa kepada Allah untuk tunjukkan siapa yang saya rindu ni. Memang terpapar muka ustaz dekat cermin, sumpah Lillahi Ta’la,” ujarnya.

Dalam pada itu, Dr Erin berkata dia sendiri tidak mahu berkahwin dengan suami orang kerana ketika itu dia sudah mempunyai calon suami yang bujang, namun dia percaya ini aturan yang telah ditetapkan oleh Allah.

“Saya pun tak nak laki orang sebab saya pun dah ada calon bujang, tapi Allah aturkan saya ke sini juga. Mesti ada sesuatu yang Allah nak suruh kita combine.

“Sebab saya pun berdoa dengan kejayaan ni saya nak tolong orang, Itu yang Allah bagi ustaz sebab combination kitorang lengkap antara satu sama lain untuk perjuangkan apa yang nak diperjuangkan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.