Kencing Manis Ketika Mengandung ? Tahap glukos dikawal oleh insulin. Insulin merupakan hormon yang dihasilkan oleh pankreas supaya tahap glukos terkawal dan tidak kekal tinggi. Di kalangan wanita yang hamil pula, hormon-hormon yang dihasilkan ketika hamil akan berlawan dengan insulin. Ini menyebabkan paras glukos wanita hamil mudah meningkat naik. Setelah bayi dilahirkan dan uri dikeluarkan, tahap glukos akan kembali normal semula. Inilah yang dikenali sebagai gestational diabetes mellitus (GDM) atau masalah kencing manis ketika hamil.
Bagaimana pula bagi wanita yang hamil mengidamkan makanan manis walhal beliau mengalami ? Menurut Dr Norintan Zainal Abidin Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Columbia Asia Seremban hal tersebut bukan mengidam sebaliknya ketagihan kepada gula.
KETAGIHAN GULA TANDA ANDA KENCING MANIS?
Ketagihan gula atau menginginkan makanan yang manis berlaku di dalam individu yang hamil dan juga bukan hamil. Jika disekat gula daripada diet mereka, pasti akan berlaku perasaan murung atau marah. Malah ada yangmoody dan tidak sedap badan.
Jika anda (yang bukan hamil) mengalami masalah ini, anda perlu jalani ujian untuk kencing manis SEBELUM hamil. Jika terbukti mengalami masalah kencing manis, tahap glukos dalam darah MESTI dikawal sebelum hamil kerana boleh menimbulkan pelbagai kemudaratan kepada bayi.
PEMANIS PENGGANTI GULA
Penggunaan bahan pemanis sebagai pengganti gula misalnya aspartame, dibenarkan ketika hamil ( kecuali dalam wanita yang mengalami masalah phenylketonuria). Kadang kala aspartame boleh menyebabkan sakit kepala dan migran. Oleh itu ia perlu digunakan secara sederhana dan berhati-hati.
6 CARA KAWAL SELERA ELAK GULA MENINGKAT MENDADAK
Beberapa perubahan kehidupan sehari-harian juga boleh membantu wanita gestational diabetes untuk mengawal selera pemakanan. Di antaranya adalah:
- Bawa bekalan makanan jika bekerja.
- Elakkan makan makanan di luar.
- Bekalan makanan hendaklah makanan yang sesuai dengan selera anda supaya anda boleh meneruskan corak pemakanan tersebut dengan berterusan.
- Makan dengan rakan-rakan yang mengamalkan pemakanan seimbang. Jika kita dikelilingi oleh rakan-rakan yang makan makanan berkalori tinggi, anda akan mudah “terjebak” sama.
- Jangan seksa diri sendiri dengan melihat buku-buku resipi atau blog masakan atau rancangan makanan/masakan.erjalan kaki atau bersiar-siar di luar rumah.
- Lakukan aktiviti berjalan kaki dan elakkan kebiasaan menonton TV atau bermain game kerana ia tidak membantu anda mengawal gula dalam darah.
Terdapat banyak artikel dan buku mengenai jenis makanan yang sesuai untuk ibu yang mengalami kencing manis ketika hamil TETAPI nasihat yang terbaik untuk anda yang mengalami masalah ini adalah untuk berjumpa, berbincang dan berbual dengan pakar dietetik di hospital berdekatan.
sumber : Pa&Ma