BoIehkah Kamu Buatnya Besar Sedikit Dan Bawa Saya ke Mekah? Soalan PeIik Lelaki Ini Dapat Respon Turki

Posted on

Siapa sangka hanya dengan bertanya suatu soalan, ia mampu mengubah nasib seseorang individu yang dia sendiri langsung tidak terfikir.

Kisah penuh inspirasi ini bermula apabila seorang kru filem Turki telah membuat penggambaran dengan menggunakan teknologi kamera drone di sebuah tempat terpencil di Ghana.

Entah bagaiman seorang penduduk kampung bernama AI-Hassan AbduIIah secara spontan dan bertanya dengan rendah diri “bolehkah kamu membuatnya sedikit besar dan bawa saya ke Makkah?”

AI-Hassan AbduIIah merupakan seorang penduduk kampung miskin di Ghana yang ketika itu mahu menjalankan urusan sehariannya, drone itu jatuh berhampiran pintu depannya.

Apa yang ditanya olehnya menyebabkan kisahnya itu tular di media sosial Turki selepas Mucahid Durmaz dari TRT World menulis di akaun Twitternya pada Mac, 2017 tentang apa yang dikatakan penduduk kampung itu.

” Soalan Pak Cik AbduIIah bertanya ketika dia melihat drone buat kali pertama:” Bolehkah kamu membuatnya sedikit besar dan membawa saya ke Makkah? ”

Tidak lama kemudian, kisah itu menjadi tular di kalangan pengguna media sosial di Turki dan di seluruh dunia. Ramai individu mahupun ahli perniagaan Turki rasa tersentuh untuk memenuhi keinginan lelaki itu.

Walau bagaimanapun, tiada siapa tahu di mana lelaki itu dan apa namanya. Dia kemudiannya dikesan oleh seorang pegawai polis dari kedutaan Turki di Ghana dan dia dikenal pasti sebagai Al-Hassan AbduIIah.

Kementerian Luar Negeri dan badan amal Turki memutuskan untuk memenuhi hasrat penduduk Muslim tua tersebut untuk menghantarnya melakukan perjalanan haji seperti yang dilaporkan oleh akhbar Turki, Daily Sabah.

Menteri Luar Turki Mevlüt Çavuşoğlu kemudian mengatur untuk menghantar AbduIIah bagi menunaikan Haji.

AbduIIah memberitahu Agensi Anadolu,

” Saya bersyukur kepada Tuhan dan saya berdoa kepada semua yang membantu mimpi ini menjadi kenyataan. Bantuan Negara Turki sangat berharga bagi saya dan saya percaya ini akan membantu meningkatkan persahabatan, persaudaraan antara umat Islam. ”

AbduIIah telah diterbangkan ke Istanbul di mana dia telah disambut oleh sebuah badan amal Turki yang bertugas untuk memberi perhatian kepada Ghana.

Cihad Göddirir, timbalan pengerusi badan amal yang menyambut baik AbduIIah di lapangan terbang itu, berkata kisah AbduIIah menjadi tajuk utama selepas pekerja TRT World memuat naik imej itu. Gökdemir berkata:

” Kemudian, orang mula mencari cara untuk menghubungi dia, dari ahli perniagaan hingga syarikat. Akhirnya, seorang pegawai polis Turki dari kedutaan Turki di Ghana menghubunginya. Dia bersyukur berterima kasih kepada orang Turki. ”

Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : sehinggit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.