Padah kerap main gajet, mata anak juling sebelah

Posted on

Adakah anda selalu memberikan telefon atau gajet kepada anak? Anak selalu menangis, anda tak tahu nak buat apa, maka terus bagi gajet? Anak anda seolah-olah ketagih kalau sehari tak dapat jadi resah gelisah. Anak anda boleh menghadap gajet sehari suntuk tanpa perlu makan atau ke tandas?

Kalau dah sampai tahap macam ni, mohon hentikan serta-merta.

Perkongsian dari Puan Juliana Aziz melalui apa yang berlaku pada anaknya sendiri, Dhiya yang ketagih gajet hingga menyebabkan matanya juling sebelah wajar diberi perhatian oleh semua ibu bapa lain supaya lebih beringat.

Mula Bagi Anak Gajet Sejak Usia Setahun

Moga jadi iktibar pada kalian ; Jangan bagi anak kecil main handphone/tab/ipad apa² gajet…!

Dhiya dah berjaya dipisahkan dari gajet sejak hampir 2 tahun lepas dah tapi mata kanan yg dibuka tu sampai ke hari ni kadang² juling sikit.

Dulu dia banyak tengok skrin handphone/tab sejak usia setahun lebih hingga usia 2 tahun lebih gitu…it takes few months jugak la sama² sepakat dengan husband Arif Puding untuk sorok segala gajet, elakkan sedaya upaya dari guna handphone depan dia and struggle ‘pisahkan dan rawat’ keinginan dan ketagihan dia pada handphone.

Alhamdulillah, dia sekarang dah tak peduli pun kalau kita main handphone depan dia (melainkan kalau tengok video yg menarik perhatian telinga dia, dia akan tanya “Apa tu? Dhiya nak tengok jugak boleh takkk?”), plus dia lebih alert and lebih cepat respond kalau kita panggil or mintak dia buat apa²…

Bulan lepas dah jumpa mak saudara kami Makcik Mastura Mustaffa (owner Optometris Siti Mastura) and mintak dia tengok²kan mata Dhiya, betul ke tidak tu simptom ‘lazy eye’ macam yg Jue baca di internet…kebetulan time tu kami jumpa masa balik kampung kat rumah mentua je and takde alat untuk cek betul², dia just cek with few steps and suggest kitorang beli patching @ topeng mata lanun gini untuk tutup mata dia yang ok tu and biar mata kanan yg kadang² juling tu ‘bekerja’ sebab mata Dhiya ni lazy eye di tahap mild, belum betul² teruk…tapi kalau after amal pakaikan patching tutup mata kiri tu pun masih jugak yg kanan tu takde improvement, she prefers bawak Dhiya dapatkan rawatan dengan doktor pakar mata di Klinik Mata UIA Kuantan….
Katanya kalau di UK, perkara biasa nampak budak² pakai patching topeng mata lanun gini sebab diorang mostly tahu cara merawat mata kanak² yg ‘lazy eye’ dengan cara ni…

Then, 3 minggu lepas dah bawak Dhiya gi cek mata dengan my friend Ab Adamia di kedai optikal Focus Point @ East Coast Mall Kuantan, try cek mata dia rabun ke tidak, rupanya mata kiri rabun ±50 while mata kanan yg bermasalah tu rabun silau ±100…!
Dia cakap result’s accuracy dari alat pemeriksaan mata berkomputer tu cuma 80% je, so better bawak Dhiya jumpa doktor pakar mata untuk sahkan tahap rabun mata dia guna alat² yg lebih proper and few procedures sebab dia masih kecil lagi, still too young…

Mama and papa mintak maaf sebab kurang bijak dan tersilap langkah bila bagi Dhiya main phone/tab masa kecik dulu…we will try our best untuk rawat semula mata Dhiya.

Moga² mata Dhiya kembali pulih…aamiiinnn.

Moga post dengan caption panjang berjela ni memberi sedikit sebanyak manfaat dan peringatan buat kalian yg ada anak kecil baik anak sendiri mahupun anak saudara waima cucu sekalipun.

Niat Bagi Handphone Supaya Anak Diam

Untuk pengetahuan kalian, Dhiya ni dulu takde la main handphone sepanjang masa setiap hari…Dhiya memang jenis budak yang sejak kecil suka layan buku² and flash cards (belajar ABC, nombor², baca muqaddam etc) and setiap hari berlambak² mainan yg dia selalu main andddd never to forget, also sepahkan rumah.
Bukan la dia hadap tengok main handphone je setiap masa…plus dulu mama dia ni ada buat online business for few years, so memang mama la yg lagi banyak guna handphone berbanding Dhiya…

Apa pun, mistakes has been done by us when kami start bagi dia main handphone masa dia umur setahun lebih…kononnya bagi sekejap² dikala kami rasa perlu la masa tu…
Contohnya waktu nak elakkan dia kacau mama masak kat dapur tapi dia dah takmau main mainan, kononnya untuk make sure dia duk diam² sekejap waktu nak suapkan dia makan (sejenis budak yg liat makan sejak dulu hingga kini ), waktu mama terlalu penat nak rehat sekejap, waktu papa and mama solat, waktu dia meragam kat dalam child carseat masa travel gi mana² dan sebagainya.

Bila dia makin besar, dia dah mula pandai ambil sendiri and buka sendiri handphone mama and papa…when we start lock with password, dia akan nangis² mintak bukakan and nak tengok video kartun.

Mata Dhiya dalam proses penyembuhan dan makin baik

Mengadu Pening, Sakit Kepala & Asyik Gosok Mata

Tindakan yang kononnya bagi dia main handphone diwaktu yg perlu sahaja tu akhirnya tinggalkan kesan yg buruk pada anak sulong kesayangan kami ni…
Kami mula berkeras larang and tak bagi dia main handphone almost 2 years ago dulu bila perasan dia mula ada simptom ketagihan untuk main handphone and in the same time dia makin kerap mengadu pening sakit kepala and gosok² mata…masa tu mata kanan dia masih belum kerap juling macam sekarang, and then kami terbaca artikel² tentang bahayanya kesan pendedahan gajet pada mata, minda dan emosi kanak².

Dalam tempoh few months kami suami isteri dan jugak Dhiya sendiri struggling untuk pisahkan dia dari handphone and rawat rasa keinginan/ketagihan dia pada handphone tu kebetulan mata kanan dia baru start jadi kadang² juling sekejap² gitu.

It’s almost 2 years dah Dhiya ‘putus cinta’ dengan handphone, end of this month dia akan sambut birthday ke-4 and next year dia akan mula masuk preschool…
Moga mata Dhiya cepat sembuh and pulih semula supaya tak perlu pakai topeng lanun tu dah bila gi belajar di preschool dengan kawan².

Untuk parents out there yg kini dalam dilema dan kerumitan bab anak yang ‘jatuh hati jatuh cinta’ dengan gajet handphone/tablet/ipad, pisahkanlah ceraikanlah sepenuhnya anak dari gajet secepat mungkin (especially usia bawah 7 tahun) dan rawatlah ketagihan/kemahuan anak pada gajet sebelum terlambat…

I’m not saying its gonna be easy,
It is hard, stressful and the struggle is real…
But believe me, it’s worth it…!

Sumber: Juliana Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.