Pemilik Di UK Puji Kehebatan Proton Saga Lama

Posted on

Proton Saga merupakan kereta pertama keluaran Perusahaan Otomobil Nasional (Proton) yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu.

Proton Saga menjadi model pertama yang dikeluarkan pada tahun 1985. Bukan sahaja diedarkan di Malaysia, Proton Saga juga turut menembusi pasaran luar negara termasuk di United Kingdom (UK) pada Mac 1989.

Malah, pasti anda akan rasa kagum dan bangga kerana Proton Saga digunakan di dalam siri popular Mr Bean.

Meskipun Proton Saga sudah mempunyai beberapa edisi yang telah dinaik taraf dengan ciri-ciri yang lebih moden, namun model Proton Saga lama masih mempunyai peminat yang tersendiri.

Baru-baru ini tular satu perkongsian oleh Facebook Practical Classics yang menunjukkan model terawal Proton ini masih diminati oleh penduduk di UK dan memuji kualiti kenderaan tersebut.

Perkongsian itu juga turut menarik perhatian netien lain yang juga peminat Proton Saga dari UK yang masih memiliki kenderaan tersebut dan dalam keadaan baik.

Difahamkan, model terawal Proton Saga ini suatu ketika pernah menggugat jenama-jenama terkenal lain seperti Yugo, Lada dan Skoda pada ketika itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.